Pakaian Pengendali Makanan Mengikut Kehendak Undang-Undang Kesihatan Pengenalan Merujuk kepada tafsiran Peraturan-Peraturan Makanan 2009, Akta Makanan 1983 (Akta 281), “Pengendali makanan” termasuklah mana-mana orang yang terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan, menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan dan mengendalikan makanan yang berbungkus atau tidak dibungkus atau perkakas dalam mana-mana premis makanan. “ Premis makanan” ertinya premis yang digunakan bagi atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan, atau pelabelan semula, pemprosesan semula atau pembaikan semula apa-apa makanan. Etika Pakaian dan Pakaian Pelindung Daripada perspektif kebersihan etika pemakaian orang yang mengendali makanan memainkan peranan yang sangat penting untuk melindungi makanan daripada pencemaran semasa dan selepas penyediaan makanan. Pakaian Harian (street dres...
Comments
Post a Comment